Miesdyana: Happy Saturday

Jom baca entry2 dari saya. Have you all fun

Saturday, October 18, 2014

Happy Saturday

Selamat pagi.. Kita bangun setiap pagi  dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari semalam. Tetapi kemudian Allah menguji lagi. Kita pun kecewa dan harapan kita seolah-olah sudah hilang. Jangan sedih..  Selagi kita masih bernafas hari itu, selagi itulah masih ada harapan, ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan..yang penting jangan sesekali berputus asa dengan kasih sayang dan rahmat Allah. Kata-kata semangat unutk aku di awal pagi ni. Arrhhh Awalnya update entry hari ni kan?? hehe. Hari ni happy dan santai awal pagi, minum2 pagi sambil menghadap laptop. Dalam masa yang sama berkesempatan untuk menaip di online diary ni. Pagi ni masa tidak mencemburui si empunya blog untuk menaip dan line pun tidak menguji kesabaran aku di awal pagi ni. So, di awal pagi ni aku dah buat bibir aku tersenyum manis dan menawan.. menawan?? haha menawan la sangat. Just smile.

Just Smile, right?? Senyum dan senyum. Tersenyum di awal pagi buat kita jadi awet muda. Arrrhh itulah rahsia wanita. Sokmo senyum di awal pagi untuk menjadi awet muda dan berseri-seri. Dengan senyum juga boleh melawan duka hati. Dengan senyum boleh sembunyikan masalah diri.Dengan senyum mampu berdiri kembali.Dengan senyum kita berharap mereka bahagia di sisi kita. So, nasihat diana tersenyumlah selalu bagi orang tidak suka senyum itu adalah orang yang rugi sebab dengan senyum sahaja dianggap sedekah dan menyejukkan pandangan orang lain. Tersenyumlah jika ingin orang lain tersenyum kepadamu.
  • Senyum itu indah, senyum itu mudah, senyum itu ibadah, senyum itu sunnah. Maka Tersenyumlah.
  • Senyum tanda kekuatan diri, biar sakit di hati jangan kita sesekali tunjukkan kelemahan diri.
  • Senyumlah walau ada alasan untuk bersedih kerana orang yang tabah akan tersenyum walau hati menangis
  • Sebuah senyuman manis tidak akan pernah menyakitimu. Ia hanya akan menyakiti mereka yang pernah menyakitimu dan membuatmu menangis.
Doa di waktu pagi "Allahumma maa ashbahabii minni'matin awbi ahadin min kholkika faminka wahdaka laa syarikalakalhamdu walakassyukru..Ya Allah pagi ini aku dan juga orang lain dari makhluk-mu, mendapatkan kenikmatan dari Engkau yang Maha Esa, tiada sekutu bagiMu. Hanya untuk Mu lah segala puji dan syukur"



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 C c0meL & C Mach0:

Post a Comment

 
The Owner Of This Blog is StorieMorie MiesDyana